Oncom
Oncom (bahasa Sunda: ᮇᮔ᮪ᮎᮧᮙ᮪, translit. oncom, Jawi: اونچوم) ialah salah satu makanan ruji tradisional dimakan dalam kalangan masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Ia melibatkan penapaian suatu kulapuk ibu atau kapang mirip tempe; oncom dimakan apabila menghasilkan spora, sementara tempe siap apabila kulat masih dalam peringkat hifa. Ia satu-satunya makanan manusia yang dihasilkan dari Neurospora.
Oncom mempunyai dua jenis berdasarkan penampakan produk akhir iaitu oncom merah dan oncom hitam, dua-dua oncom ini dibezakan dari bahan mentah dan jenis kulat ibu yang digunakan.
Oncom dianggap masih kurang termanfaatkan meskipun berpotensi besar sebagai pemasok protein bagi kalangan menengah ke bawah karena harganya yang lebih rendah daripada tempe.