Omar Mukhtar

Omar Mukhtar
عمر الْمختار
Kelahiran20 Ogos 1858
Janzour
Meninggal dunia16 September 1931
Suluq, Libya
PekerjaanGuru Al-Quran
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

ʿOmar al-Mukhṭār Muḥammad bin Farḥāṭ al-Manifī (Arab: عُمَر الْمُخْتَار مُحَمَّد بِن فَرْحَات الْمَنِفِي) merupakan pemimpin pergerakan penentang terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an di mana beliau ditahan dan dihukum bunuh atas kegiatannya pada tahun 1931.

Keberanian beliau membuatnya menjadi pahlawan disanjung tidak sahaja dalam kalangan orang Libya, malah dunia Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya; hal ini turut memberinya jolokan "Sang Singa Gurun" (Arab: أسد الصحراء, rumi: Assad El-Sahra).