Oksida asid

Oksida asid ialah oksida yang membentuk larutan berasid selepas ditambah air atau menjadi penerima ion hidroksida selaku sebuah asid Lewis. Oksida asid lazimnya memiliki nilai pKa rendah dan boleh bercirikan organik atau tidak. Karbon dioksida, sejenis oksida asid lazim, membentuk asid karbonik, sebuah larutan berasid selepas dilarutkan. Oksida-oksida asid memberi ancaman alam sekitar kerana boleh bertindak balas dengan wap air dalam atmosfera lalu menghasilkan hujan asid.

Keasidan suatu oksida boleh diramal berdasarkan juzuk-juzuk oksida. Unsur-unsur lebih elektronegatif cenderung untuk membentuk oksida asid seperti fosforus pentoksida, tetapi unsur-unsur kurang elektronegatif bercenderung untuk membentuk oksida bes seperti natirum oksida dan magnesium oksida. Sesetengah oksida seperti aluminium oksida adalah amfoterik (memiliki kedua-dua ciri asid dan bes).