Ohsama Sentai King-Ohger

Ohsama Sentai King-Ohger
Genre
Pencipta
Dibangunkan oleh
Minato Takano
PengarahKazuya Kamihoriuchi
Dibintangi oleh
  • Taisei Sakai
  • Aoto Watanabe
  • Erica Murakami
  • Yuzuki Hirakawa
  • So Kaku
  • Masashi Ikeda
  • Masato Yano
  • Yutaka Morioka
  • Anna Hoshino
  • Minato Kiso
  • Yuhei Chiwata
  • Hokuto Minami
  • Kaito Okano
  • Nagisa Hayakawa
  • Hiroto Yoshimitsu
  • Marina Mizushima
  • Kasumi Hasegawa
  • Mami Kamura
  • Kotaro Yagi
  • Kousei Amano
Pelakon suara
Pencerita suara latar
Masashi Ikeda
Lagu pembukaan"Zenryoku King"
Dinyanyikan oleh Takayuki Furukawa
PenggubahGo Sakabe
Negara asalJepun
BahasaJepun
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit
  • Takehiro Ōkawa (TV Asahi)
  • Takahito Ōmori (Toei Company)
  • Kōichi Yada (Toei Agency)
Tempoh siaran24–25 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalANN (TV Asahi)
Siaran asal05 Mac 2023 (2023-03-05) – 25 Februari 2024 (2024-02-25)
Kronologi
MengikutiAvataro Sentai Donbrothers
Diikuti olehBakuage Sentai Boonboomger

Ohsama Sentai King-Ohger (王様戦隊キングオージャー, Ōsama Sentai Kinguōjā, "Pasukan Raja King-Ohger") adalah siri tokusatsu dari Jepun, Siri ini adalah siri ke-47 dari siri Super Sentai yang dihasilkan oleh Toei. Ini merupakan siri keempat yang dihasilkan pada era Reiwa. Siri ini adalah yang pertama dalam francais di mana semua watak utama mempunyai motif Insektologi (Serangga, Moluska, Artropod), Teknologi dan Monarki (Pemerintahan Diraja).

Siri ini ditayangkan pada 5 Mac 2023, menyertai Kamen Rider Geats dan kemudian, Kamen Rider Gotchard dalam barisan Super Hero Time di TV Asahi selepas episod akhir Avataro Sentai Donbrothers. Sebahagian daripada plot dan wataknya termasuk beberapa ikatan dengan Zyuden Sentai Kyoryuger, meraikan ulang tahun kesepuluh siri itu. Episod akhir disiarkan pada bulan Februari 2024 dan siri ini digantikan oleh Bakuage Sentai Boonboomger dalam blok Super Hero Time pada bulan berikutnya.