Oh Chentaku
Oh Chentaku | |
|---|---|
| Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2007–kini |
| Syarikat rakaman | Oh Chentaku Records |
| Kegiatan berkaitan | De Fam, Massacre Conspiracy, Altimet |
| Anggota semasa |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Oh Chentaku ialah sebuah kugiran rock alternatif Malaysia, ditubuhkan pada 2007 oleh Myo (vokal/guitar), Naem (bass) dan Adib. Ahli kugiran mereka terkini terdiri daripada Myo (vokal/gitar irama), Naem (bes), Jack (gitar utama) dan Wawa (keyboard). Mereka telah menerbitkan tiga album—Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant (2007), A Suitcase, A Scarf and the Departure (2009) dan Younghearts (2014).
Sebagai kugiran rock yang tidak menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman, Oh Chentaku terkenal dengan adunan lagu-lagu hit berentak rock dengan punk, post-hardcore, pop dan elektro serta aktif di seluruh negara dan mengadakan siri lawatan di pelbagai negara-negara Asia termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand serta Myo pernah mengadakan jelajah solo di Tokyo, London, Barcelona, York, Dublin, Amsterdam sewaktu beliau melanjutkan pengajian tinggi sarjana perhotelan di HTMi, Switzerland.