Nushrat Bharucha
Nushrat Bharucha | |
|---|---|
Bharucha di Lokmat Most Stylish Awards 2019 | |
| Kelahiran | 17 Mei 1985 Bombay, Maharashtra, India |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2006–kini |
Nushrat Bharucha (lahir 17 Mei 1985) ialah seorang pelakon wanita India terkenal dengan hasil kerja beliau dalam filem-filem Bollywood.
Bharucha memulakan kerjaya lakonannya dengan filem 2006 Jai Santoshi Maa. Filem keduanya ialah Kal Kissne Dekha. Filem 2015 Pyaar Ka Punchnama 2 menandakan kejayaan komersial pertamanya. Beliau mempunyai kejayaan terbesar dengan menjayakan peranan wanita utama dalam komedi Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018) dan Dream Girl.