Nuruddin al-Raniri
| Nama penuh | Nuruddin bin Ali |
|---|---|
| Gelaran | Nuruddin Ar-Raniri |
| Negara Asal | India |
| Bidang Kepakaran | Tasawwuf |
| Guru | Sayyid Umar Abu Hafs |
| Kitab |
|
| Meninggal | 1658M |
Nuruddin ibn Ali ar-Raniri (Arab: نورالدين بن علي الرانيري) atau Nuruddin al-Raniri merupakan seorang cendekiawan Islam kelahiran Aceh-Gujerat (dengan itu gelarannya al-Raniri. Ranir adalah nama tempat di Gujerat, India). Dia tinggal di Aceh antara 1637-1644 dan mempunyai hubungan rapat dengan Sultan. Beliau adalah salah seorang ulama besar yang bertugas sebagai kadi sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Thani pada awal abad ke-17.
Salah seorang bapa saudaranya, Muhammad Jilani al-Raniri turut mengajar di Aceh, pada awalnya mengenai fiqh tetapi kemudiannya juga berkenaan tasawwuf. Nuruddin al-Raniri menurut Rifa'iyya tariqa dan mengaku turut mendapat penbelajaran dari gurunya di Hadhramaut. Tarikat Rifaiyya kekal di Aceh sehingga abad ke-19.
Syeikh Nuruddin al-Raniri merupakan salah seorang tokoh yang kuat menentang mengenai Fahaman Wujudiyyah.