Nuri raja Ambon

Nuri raja Ambon
Subspesies calon di Zoo Brevard, Florida, AS
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Psittaciformes
Keluarga: Psittaculidae
Genus: Alisterus
Spesies:
A. amboinensis
Nama binomial
Alisterus amboinensis
(Linnaeus, 1766)
Sinonim

Psittacus amboinensis Linnaeus, 1766

Nuri raja Ambon (Alisterus amboinensis) ialah nuri yang endemik di Pulau Peleng, Maluku dan Papua Barat di Indonesia. Sungguhpun dikenali demikian, burung ini turut dijumpai di banyak pulau lain selain Ambon. Si jantan dan betinanya kelihatan mirip, dengan kepala dan bahagian bawah yang selalunya merah, sayap yang hijau (biru pada satu subspesies), serta belakang dan ekor yang biru. Enam subspesies telah diakui, tetapi hanya beberapa daripadanya biasa ditemukan dalam avikultur. Di alam liar, ia mendiami hutan hutan dan memakan buah, beri, benih dan tunas.