Risteena Munim
Risteena Munim | |
|---|---|
| Kelahiran | Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas 19 November 1989 |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2012–kini |
| Pasangan | Isa Khan (k. 2021) |
| Saudara |
|
Nur Risteena Munim Zainul Ilyas (Jawi: نور ريستينا مونيم بنت زين الاليس; lahir 19 November 1989) ialah seorang pelakon, model dan duta produk wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.