Nur Amira Syahira

Nur Amira Syahira
Kelahiran
Nur Amirah Syahira binti Azizul Abidin

(2003-04-25) 25 April 2003
WarganegaraMalaysia
Nama lainAmira
PekerjaanPemain dram, pemuzik, pengacara, penyanyi, pelakon
Kampung asalPulau Pinang

Nur Amira Syahira Azizul Abidin (lahir 25 April 2003 di Pulau Pinang) ialah seorang pemain dram, pemuzik, pengacara, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau juga sedang menempah nama di peringkat antarabangsa dengan pencapaiannya di pertandingan HitLikeAGirlContest dan di laman YouTube. Beliau mula belajar bermain dram di Internet dan belajar dram dengan hanya melayari laman YouTube.