Notre-Dame de Paris

Notre-Dame de Paris
(bahasa Inggeris: The Hunchback of Notre-Dame)
Halaman pertama manuskrip novel (dipamerkan di Perpustakaan Negara Perancis)
Umum
PengarangVictor Hugo
NegaraFrance
Bahasabahasa Perancis
GenreRomanticism, Gothic fiction
LatarParis, 1482
Penerbitan
PenerbitGosselin
Tarikh penerbitan
16 Mac 1831
Jenis media
Cetakan keras
Halaman940, dalam 3 jilik
Kawalan kewibawaan
843.7

Notre-Dame de Paris (bahasa Inggeris: The Hunchback of Notre-Dame - "Si Bongkok Notre-Dame") ialah sebuah novel berbahasa Perancis nukilan Victor Hugo serta terbit pada tahun 1831. Nama novel ini merujuk kepada Katedral Notre-Dame di Paris yang menjadi latar tempat keseluruhan jalan cerita ia. Novel ini terdiri daripada 39 bab yang setiap satu daripadanya mempunyai panjang yang berbeza-beza.

Novel ini dianggap penting kerana pertama kalinya menggambarkan keseluruhan lapisan masyarakat yang berkaitan dengan latar tempat ini. Kemayhuran karya ini juga memulakan kesedaran dan cetusan pemuliharaan sejarah terhadap senibina yang wujud pada zaman Pertengahan di Perancis, terutamanya Katedral Notre-Dame yang utuh wujud sehingga hari ini.