Norovirus

Penyebab gastroenteritis yang paling lazim ialah Norovirus, juga dikenali sebagai pepijat muntah musim sejuk . Muntah-muntah, sakit perut, dan cirit-birit tidak berdarah adalah gejala jangkitan yang biasa terjadi . Demam atau sakit kepala juga mungkin berlaku . Selepas terdedah, gejala biasanya muncul antara 12 hingga 48 jam, dan prosese penyembuhan biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 3 hari. Walaupun ia jarang berlaku, komplikasi seperti dehidrasi boleh terjadi, terutamanya pada golongan muda, warga emas, dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan .

Kebiasaanya, virus ini merebak melalui pendedahan daripada najis tercemar . Ini mungkin melalui makanan atau air yang tercemar atau sentuhan orang ke orang . Ia juga boleh tersebar melalui permukaan yang tercemar ataupun udara daripada muntah individu yang dijangkiti . Risiko jangkitan biasanya melibatkan proses penyediaan makanan yang tidak bersih ataupun berada dalam ruangan tertutup dengan individu yang dijangkiti . Diagnosis biasanya berdasarkan gejala . Ujian pengesanan biasanya tidak tersedia tetapi hanya akan dibuat jika berlakunya penyebaran jangkitan dalam masyarakat umum.

Langkah pencengahan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dengan betul dan mengunakan cecair pembasmi kuman . Pembasmi kuman yang mengunakan alkohol boleh digunakan sebagai langkah tambahan, tetapi ia kurang efektif jika dibandingkan dengan mencuci tangan dengan sabun . Tiada vaksin atau rawatan khusus untuk Norovirus . Proses pemulihan melibatkan rawatan sokongan seperti memastikan pesakit mendapat cecair yang mencukupi dan memasukan cecair intravena kedalam badan . Penyelesaian rehidrasi oral adalah cecair pilihan untuk diminum, walaupun begitu, minuman lain tanpa kafein atau alkohol boleh membantu .

Virus ini menyebabkan sebanyak 685 juta jangkitan dan hampir 200,000 kematian seluruh dunia . Jangkitan virus ini adalah sering terjadi di negara maju dan membangun . Mereka yang berumur di bawah lima tahun paling kerap terjejas, dan dalam kumpulan ini ia mengakibatkan kira-kira 50,000 kematian di negara membangun . Jangkitan Norovirus berlaku lebih kerap semasa musim sejuk . Ia sering berlaku dalam wabak, terutamanya dalam kalangan mereka yang tinggal berdekatan . Virus ini dinamakan sempena bandar Norwalk, Ohio, di mana wabak berlaku pada tahun 1968

.