Nor Shamsiah Mohd Yunus
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus PSM (Malaysia); PMW (Wilayah Persekutuan) | |
|---|---|
| Gabenor Bank Negara Malaysia ke-9 | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2018 – 30 Jun 2023 | |
| Didahului oleh | Muhammad bin Ibrahim |
| Digantikan oleh | Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nor Shamsiah binti Mohd Yunus 1964 (umur 60–61) Persekutuan Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Tempat belajar | Universiti South Australia (1983-1985) |
Tan Sri Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia mulai 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023. yang menggantikan Tan Sri Muhammad bin Ibrahim. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Kemudian, beliau menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pasaran Kewangan dan Modal.
Beliau adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.