Nombor pendaftaran CAS
Nombor pendaftaran CAS (CAS Registry Number) adalah pengenalpasti numerikal unik yang diberikan oleh Chemical Abstracts Service kepada setiap bahan kimia yang disebut dalam penulisan saintifik terbuka (buat masa sekarang termasuk yang disebut dari sekurang-kurangnya tahun 1957 hingga ke masa kini) dan merangkumi unsur-unsur, isotop-isotop, sebatian-sebatian organik dan tidak organik, ion-ion, organologam, logam-logam, dan bahan-bahan tidak boleh distruktur (dengan nama lain 'UVCB' - bahan yang tidak diketahui, komposisi yang berubah-ubah atau asal-usul biologi (unknown, variable composition, or biological origin)). Angka-angka ini juga dikenali sebagai CAS RN dan nombor CAS.