Nomascus

Nomascus
Ungka Pipi Putih Utara
Nomascus leucogenys
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Hylobatidae
Genus:
Nomascus

Miller, 1933
Spesies

Nomascus concolor
Nomascus gabriellae
Nomascus leucogenys
Nomascus nasutus

Nomascus adalah genus yang kedua paling banyak spesies bagi ungka (keluarga Hylobatidae). Pada asalnya, genus ini adalah subgenus daripada Hylobates, dan semua individu dianggap sebagai hanya satu spesies, Hylobates concolor. Spesies dalam Nomascus dicirikan oleh 52 kromosom. Sesetengah spesies bewarna hitam sepenuhnya, ada yang cerah dengan jumbai mahkota bulu hitam berbeza, dan ada yang mempunyai tompok pipi berwarna cerah yang menonjol. Nomascus terdapat dari selatan China (Yunan) hingga ke selatan Vietnam, dan juga di Pulau Hainan. Salah satu spesies, Nomascus nasutus, telah dianggap "spesies beruk yang paling kritikal terancam di dunia". Kesemua spesies dalam genus ini terancam atau kritikal terancam.