Nizhny Novgorod

Nizhny Novgorod
Нижний Новгород
Bandar
Atas ke bawah, kiri ke kanan: Menara Dmitrievskaya di Kremlin Nizhny Novgorod dan Dataran Minin dan Pozharsky, Katedral Alexander Nevsky dan Stadium Nizhny Novgorod, Monumen Minin dan Pozharsky, GAZ, Tangga Chkalov, Pesta Nizhny Novgorod.
Lokasi bagi Nizhny Novgorod
Nizhny Novgorod
Lokasi bagi Nizhny Novgorod
Nizhny Novgorod
Nizhny Novgorod (Eropah)
Koordinat: 56°19′37″N 44°00′27″E / 56.32694°N 44.00750°E / 56.32694; 44.00750
NegaraRusia
Subjek persekutuanNizhny Novgorod Oblast
Ditubuhkan1221
Status Bandar sejak1221
Pentadbiran
 • BadanDuma
 • Datuk BandarYury Shalabaev
Keluasan
 • Jumlah460 km2 (180 batu persegi)
Aras
200 m (700 ft)
Penduduk
 (Banci 2010)
 • Jumlah1,250,619
 • Anggaran 
(2018)
1,259,013 (+0.7%)
 • Pemeringkatanke-5 pada tahun 2010
 • Kepadatan2,700/km2 (7,000/batu persegi)
Status pentadbiran
 • Subordinat kepadaBandar berkepentingan oblast Nizhny Novgorod
 • Ibu kota ofOblast Nizhny Novgorod, Bandar berkepentingan oblast Nizhny Novgorod
Status perbandaran
 • Urban okrugNizhny Novgorod Urban Okrug
 • Ibu kota bagiNizhny Novgorod Urban Okrug
Zon waktuUTC+3 (Waktu Moscow )
Poskod
603000-603999
Kod panggilan+7 831
OKTMO ID22701000001
Hari BandarSabtu ketiga bulan Ogos
Laman sesawangadmgor.nnov.ru

Nizhny Novgorod (Bahasa Rusia: Нижний Новгород,IPA: [ˈnʲiʐnʲɪj ˈnovɡərət]), secara ringkas Nizhny, sebelumnya Gorky (Горький) (1932-1990), ialah pusat pentadbiran Oblast Nizhny Novgorod, Rusia. Bandar ini terletak di pertemuan sungai Oka dan Volga di Rusia Tengah dengan populasi lebih dari 1.2 juta penduduk, sehingga kira-kira 1.7 juta penduduk di kawasan bandar raya. Nizhny Novgorod ialah bandar keenam terbesar di Rusia, bandar kedua terpadat di pesisir Volga serta Daerah Persekutuan Volga. Bandar ini merupakan pusat ekonomi, pengangkutan, ilmiah, pendidikan dan budaya yang penting di Rusia dan wilayah ekonomi Volga-Vyatka yang luas, dan merupakan pusat utama pelancongan sungai di Rusia. Di bahagian bersejarah bandar ini, terdapat banyak universiti, teater, muzium dan gereja.