Nizar Awadallah
Nizar Awadallah | |
|---|---|
نزار عوض الله | |
| Ketua Hamas di Genting Gaza | |
| Dalam jawatan 2006–2012 | |
| Didahului oleh | Abdul Aziz al-Rantisi (2004) |
| Digantikan oleh | Ismail Haniyeh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Disember 1957 Bandar Gaza, Gaza |
| Kerakyatan | Palestin |
| Parti politik | Hamas |
| Tempat belajar | Universiti Ain Syams |
Nizar Awadallah (Arab: نزار عوض الله) ialah seorang ahli politik Palestin dari gerakan Hamas. Beliau menyertai banyak siri delegasi Hamas ke negara-negara dunia. Beliau terlibat dalam rundingan pertukaran tawanan dari Israel Gilad Shalit dengan 1,027 orang Palestin yang ditahan Israel pada 2011. Pada 2006, beliau telah dilantik mengetuai Hamas di Gaza, pasca kemenangan gerakan itu dalam pilihan raya.