Nita Ambani
Nita Ambani | |
|---|---|
Nita Ambani di majlis perkahwinan Esha Deol pada 2012 | |
| Kelahiran | Nita Dalal 1 November 1963 Mumbai, Maharashtra, India |
| Pekerjaan | Dermawan |
| Pasangan | Mukesh Ambani (k. 1985) |
| Anak-anak | 3 |
| Saudara | Dhirubhai Ambani (mertua) Anil Ambani (ipar) Tina Ambani (ipar) |
Nita Mukesh Ambani (née Dalal, lahir 1 November 1963) ialah seorang dermawan India. Beliau ialah pengerusi dan pengasas Reliance Foundation, Dhirubhai Ambani International School dan pengarah Reliance Industries. Beliah mengahwini pengerusi dan pengarah urusan Reliance Industries Mukesh Ambani. Dengan kekayaan keluarga berjumlah sekitar AS$102 bilion (Oktober 2021), keluarga Ambani merupakan salah satu keluarga terkaya di dunia. Beliau juga merupakan pengumpul seni halus dan pemilik pasukan kriket Indian Premier League, Mumbai Indians.