Nirayu Zuhdi

Nirayu Zuhdi merupakan pelakon suara Malaysia yang berbakat dalam alih-suara untuk kartun, anime, filem asing dan rancangan TV yang disiarkan di saluran Disney Channel Asia, Cartoon Network Asia Tenggara, Astro Ceria, HBO Asia, Animax Asia, Netflix dan Nickelodeon Asia. Dia dikenali kerana mengalih suara Uzumaki Naruto di Naruto, Ming-Ming Duckling di Wonder Pets, Jimmy Neutron di The Adventures of Jimmy Neutron: Boy Genius, Erza Scarlet di Fairy Tail, Snap di ChalkZone dan Timmy Turner di The Fairly OddParents.