Nik Sayyidah Fatihah
Nik Sayyidah | |
|---|---|
| Kelahiran | Nik Sayyidah Fatihah binti Yazib 14 Ogos 1982 |
| Nama lain | Mek Sayyidah, Mek Siti |
| Pekerjaan | pelakon |
| Tahun aktif | 2001–kini |
Nik Sayyidah Fatihah Yazib atau lebih mesra dipanggil Mek Siti (lahir 14 Ogos 1982) merupakan seorang pelakon komedi yang popular di Malaysia. Artis asal Kelantan yang berketurunan Melayu-Siam ini mula diperkenalkan di persada seni menerusi sitkom Salam Pantai Timur yang mula disiarkan pada tahun 2001.
Setelah sekian lama hanya sekadar muncul dalam sitkom tersebut, sejak 2006 beliau mula muncul dalam produksi lain. Mek popular menerusi telenovela Ezora yang disiarkan di TV3 pada tahun 2008 serta muncul dalam filem-filem komedi arahan Ahmad Idham seperti Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib & Senario The Movie Episode 2: Beach Boys.
Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Mek dicalonkan untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).