Nicole Paradis Grindle
Nicole Paradis Grindle | |
|---|---|
| Pekerjaan | Penerbit |
| Tahun aktif | 1990-kini |
Nicole Paradis Grindle ialah seorang penerbit Amerika Syarikat. Karya-karya terbitannya meliputi sejumlah filem animasi yang dikeluarkan oleh Pixar. Beliau dikenali melalui penerbitan filem animasi pendek Sanjay's Super Team (2015), yang meraih pencalonan dalam kategori Filem Pendek Animasi Terbaik (Oscar) di Anugerah Akademi ke-88, dan untuk Subjek Pendek Animasi Terbaik di Anugerah Annie ke-43. Beliau juga ialah penerbit bersekutu filem Toy Story 3 (2010) dan Monsters University (2013).