Nicolae Ceaușescu

Nicolae Ceaușescu
Gambar rasmi Ceaușescu bertarikh 1988
Dalam jawatan
22 Mac 1965 – 22 Disember 1989
Didahului olehGheorghe Gheorghiu-Dej
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Dalam jawatan
28 Mac 1974 – 22 Disember 1989
Perdana Menteri
  • Manea Mănescu
  • Ilie Verdeț
  • Constantin Dăscălescu
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehIon Iliescu
Dalam jawatan
9 Disember 1967 – 22 Disember 1989
Perdana Menteri
  • Ion Gheorghe Maurer
  • Manea Mănescu
  • Ilie Verdeț
  • Constantin Dăscălescu
Didahului olehChivu Stoica
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Maklumat peribadi
Lahir(1918-01-26)26 Januari 1918
Scornicești, Olt, Romania
Meninggal dunia 25 Disember 1989(1989-12-25) (umur 71)
Târgoviște, Dâmbovița, Romania
Tempat semadiPerkuburan Ghencea, Bucharest, Romania
KewarganegaraanRomania
Parti politikParti Komunis Romania
PasanganElena Petrescu (kahwin 1947–1989)
Anak
  • Valentin
  • Zoia
  • Nicu
Tandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Socialist Republic of Romania
Cabang/khidmatTentera Darat Romania
Tahun khidmat1948–1989
Pangkat Leftenan Jeneral

Nicolae Ceaușescu  [nikoˈla.e tʃe̯a.uˈʃesku , ni.ko.la.é cé.au.syés.ku] (26 Januari 1918 – 25 Disember 1989) merupakan seorang ahli politik Romania berfahaman Komunis. Beliau menjawat sebagai Setiausaha Am Parti Komunis Romania dari 1965 hingga 1989, serta merupakan pemimpin Komunis kedua dan terakhir negara tersebut. Beliau juga merupakan ketua negara dari tahun 1967 sebagai Presiden Dewan Negara, dan dari tahun 1974 pada masa yang sama sebagai Presiden Republik, sehingga penggulingan beliau sewaktu Revolusi Romania pada tahun 1989.

Sebaik sahaja beliau memegang tampuk kekuasaan negara, beliau melonggarkan penapisan dan secara terbuka mengutuk serangan Czechoslovakia oleh Pakatan Warsaw dalam suatu ucapan pada 21 Ogos 1968 yang menjadikannya begitu dikenali. Tempoh kestabilan yang diwujudkannya sangat singkat, bagaimanapun, pemerintahannya secara mendadaknya menjadi bercirikan kuku besi, lalu dianggap sebagai salah satu pemerintah yang paling menindas di Eropah Timur. Polis rahsianya iaitu Securitate bertanggungjawab atas tindakan pengawasan awam serta teruk penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam negara, dan beliau menyekat dan mengawal media akhbar dengan langkah-langkah yang dianggap paling keras, paling ketat dan kejam di dunia. Pengurusan ekonomi yang teruk akibat usaha-usaha perdagangan minyak yang gagal pada tahun 1970-an membawa kepada hutang asing yang melambung di Romania; pada tahun 1982, banyak keluaran pertanian dan industri negara tersebut dieksportkan sebagai usaha melangsaikan hutang tersebut. Kekurangan makanan yang diikuti dengan penurunan taraf hidup yang drastik, membawa kepada pengagihan berat makanan, air, minyak, bahan api, elektrik, ubatan, dan keperluan lain. Kultus individu yang diwujudkan untuk Ceaușescu turut menjadi begitu kuat, diikuti oleh nepotisme yang meluas serta kemerosotan hubungan asing yang sengit bahkan dengan Kesatuan Soviet juga.