Nico G

Nico G
Juga dikenali
sebagai
Nico (1992–1997)
AsalKuala Lumpur , Malaysia
GenreHip Hop, Rap, Street Beat, G-Funk
Tahun aktif1992–1997
2003–2004
2010–kini
Syarikat rakamanBMG Music
Broadway Entertainment
Nico G Entertainment
Anggota semasaMuzaffar Shah Baharin (Affa)
Mohd Shah Rosli (Dino)
Bekas anggotaE-zad
Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico)
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Nico G (dahulu Nico) merupakan sebuah kumpulan hip hop Malaysia, ditubuhkan pada 1992. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino). Kumpulan ini telah disifatkan sebagai perintis terawal muzik hip hop di Malaysia. Mereka terkenal dengan mengetengahkan muzik jalanan dan G Funk.