Nickelodeon Bananana! TV3
| Rangkaian | TV3 |
|---|---|
| Negara asal | Malaysia |
| Format | Slot kanak-kanak |
| Tempoh masa | Setiap Isnin - Jumaat 10.30 - 11.30 pagi Setiap Ahad 5.00 petang |
| Bahasa | Melayu Inggeris |
Nickelodeon Bananana! TV3 ialah sebuah slot kanak-kanak rancangan TV3 yang menyiarkan Slot ini pernah disiarkan pada setiap Isnin - Jumaat Pada Jam 11.00 - 11.30 pagi dan setiap hujung minggu pada pukul 5.00 petang.
Pada 3 Mei 2020, waktu slot pagi yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dilewatkan ke 10:30 pagi dan digantikan dengan kartun Larva. Pada 8 Mei 2020, slot pagi ditamatkan sementara slot hujung minggu ditamatkan pada 10 Mei 2020 dan akan digantikan dengan kartun yang bukan dari Nickelodeon bermula 11 Mei 2020.
Pada 3 Ogos 2020, slot Nickelodeon Bananana? TV3 akan disiarkan semula bagi slot waktu pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10.00 - 11.00 pagi.
Pada 13 Mei 2021, Slot Nickelodeon di TV3 telah direhatkan bagi memberi laluan kepada rancangan-rancangan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pada 2 Ogos 2021, Rancangan Nickelodeon yang bersiaran pada setiap Isnin - Jumaat pada waktu slot pagi akan digantikan dengan kartun Boboiboy.
Pada 27 September 2021, slot ini telah direhatkan sementara bagi memberi laluan kepada siaran langsung pembentangan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Pada 4 Oktober 2021, slot ini telah digantikan dengan Wow Shop.
Pada 12 Disember 2022, slot Nickelodeon TV3 disiarkan semula bagi slot waktu pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 11.00 - 11.30 pagi bagi memberi laluan dengan kartun Paw Patrol