Neuralink

Neuralink Corporation
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriAntaramuka otak-komputer
Neuroprostetik
DitubuhkanJulai 2016 (2016-07)
PengasasElon Musk
Ibu pejabatPioneer Building, San Francisco, California, A.S. (sehingga 2020)
Tokoh penting
  • Jared Birchall (CEO)
  • Max Hodak (Presiden)
KeluaranNeurochip 
PemilikElon Musk
Bilangan kakitanganSekitar 100 (08/2020)
Tapak webneuralink.com
sunting · sunting di Wikidata

Neuralink Corporation ialah sebuah syarikat neuroteknologi Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk dan lain-lain, dengan tujuan mengembangkan antaramuka otak–komputer berimplan (BMI). Ibu pejabat syarikat ini terletak di San Francisco, ditubuhkan pada 2016 dan pertama kali mengeluarkan laporan kepada khalayak umum pada Mac 2017.

Menurut Bloomberg, sejak ditubuhkan, syarikat ini telah merekrut beberapa ahli saraf terkenal dari pelbagai universiti. Pada Julai 2019, Neuralink telah menerima pendanaan sebanyak $158 juta ($100 juta berasal dari Musk) dan mempekerjakan 90 pekerja. Pada masa itu, Neuralink mengumumkan bahawa mereka sedang mereka bentuk peranti "mirip mesin jahit" yang mampu menanamkan benang sangat tipis (dengan lebar 4 hingga 6 μm) ke dalam otak, mendemonstrasikan sistem yang membaca maklumat dari tikus makmal melalui 1.500 elektrod, serta memulakan eksperimen dengan manusia pada tahun 2020.