Nepenthes
| Periuk kera | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | |
| Keluarga: | Nepenthaceae Dumort.
|
| Genus: | Nepenthes |
| Diversiti | |
| 150+ spesies | |
| Sinonim | |
| |
Periuk kera, periuk monyet atau tabung beruk ialah sejenis tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia dalam genus Nepenthes yang mempunyai lebih kurang 170 spesies berakar yang ditemukan di kawasan tropika Dunia Lama, dari China Selatan, Indonesia, Malaysia dan Filipina; ke barat hingga Madagascar (dua spesies) dan Seychelles (satu); ke selatan hingga Australia (tiga) dan New Caledonia (satu); dan ke arah utara ke India (satu) dan Sri Lanka (satu). Kepelbagaian terbesar didapati di pulau-pulau Borneo, Sumatera, dan Filipina yang memiliki banyak spesies endemik.
Tumbuhan-tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan tidak lebih daripada 3,400 meter dari paras laut, berasid, tidak subur dan kekurangan nitrogen dalam kawasan panas dan lembap. Spesies-spesies ini memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk membekalkan sebahagian daripada nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut. Sesetengah sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah spesies merupakan epifit.