Nepal Airlines

Nepal Airlines
नेपाल वायुसेवा
Fail:NepalAirlines.png
IATA ICAO Pengenal
RA RNA ROYALNEPAL
Ditubuhkan1 Julai 1958 (1958-07-01), sebagai Royal Nepal Airlines
AOC #003/2000
HabLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan
Bandar tumpuan
Pesawat12
Destinasi32
Syarikat indukKerajaan Nepal
Ibu pejabatKathmandu, Nepal
Orang pentingSugat Ratna Kansakar (CEO)
Pekerja14,00
Laman webnepalairlines.com.np

Nepal Airlines Corporation (Bahasa Nepal: नेपाल वायुसेवा निगम), dahulunya dikenali sebagai Royal Nepal Airlines (Bahasa Nepal: शाही नेपाल वायुसेवा) adalah penerbangan kebangsaan bagi Nepal. Ditubuhkan pada tahun 1958, iaitu syarikat penerbangan tertua di negara ini. Dari pangkalan utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, syarikat penerbangan ini mengendalikan perkhidmatan domestik di Nepal dan perkhidmatan jarak sederhana di Asia. Pesawat pertama syarikat penerbangan itu adalah Douglas DC-3, yang digunakan untuk berkhidmat dengan laluan domestik dan beberapa destinasi di India. Syarikat penerbangan ini memperoleh pesawat jet pertama iaitu Boeing 727s pada tahun 1972. Sehingga Mac 2018, syarikat penerbangan ini mengendalikan dua belas pesawat. Selain itu, syarikat penerbangan ini telah berada dalam senarai pengangkut udara yang diharamkan di Kesatuan Eropah pada tahun 2013.