Neo Geo CD

Neo Geo CD
Sistem Neo Geo CD
PengilangSNK Corporation
JenisKonsol permainan video di rumah
GenerasiGenerasi keempat
Tarikh jualan
  • JP: 9 September 1994
  • EU: 3 Disember 1994
  • AU: 23 Disember 1994
  • NA: 15 Januari 1996
Harga pengenalan
  • NA: AS$399
  • EU: GB£399
Ditamatkan
  • EU/AU: 23 Jun 1996
  • JP: 1 Mac 1997
  • NA: 28 Disember 1997
MediaCD-ROM
CPUMotorola 68000 berfungsi pada 12 MHz
PendahuluNeo Geo AES

Neo Geo CD (ネオジオCD, Neo Jio Shī Dī) merupakan konsol permainan video di rumah kedua dalam keluarga Neo Geo oleh SNK Corporation yang dilancarkan pada 9 September 1994, empat tahun selepas konsol berasaskan katrijnya dilancarkan. Ini adalah platform yang sama, ditukar kepada format CD yang lebih murah dengan harga $49 hingga $79 setiap permainan, berbanding kartrij $300. Sistem ini dijual pada harga AS$399, atau £399 di UK. Pemacu 1X CD-ROM unit ini sangat lembab, dengan masa pemuatan yang sangat lama hingga 56 Mbit data setiap muatan. Sistem ini juga boleh memainkan Audio CD. Ketiga-tiga versi sistem tidak mempunyai kunci kawasan. Neo Geo CD dilancarkan digabungkan dengan pad kawalan dan bukannya kayu ria seperti versi AES. Walau bagaimanapun, kayu ria AES yang asli boleh digunakan dengan ketiga-tiga model Neo Geo CD.

Pada bulan Mac 1997, Neo Geo CD telah terjual 570,000 unit di seluruh dunia.