Neil Gaiman

Neil Gaiman
Neil Gaiman pada April 2013
LahirNeil Richard Gaiman
(1960-11-10) 10 November 1960
Portchester, Hampshire, England
PekerjaanPenulis, penulis komik, penulis lakon layar, pelakon suara
WarganegaraBritish
Tahun aktif1984–kini
Pasangan
  • Mary McGrath (1985–2007)
  • Amanda Palmer (2011–kini)
Anak4
Laman web
neilgaiman.com

Neil Richard MacKinnon Gaiman nama kelahiran: Neil Richard Gaiman, 10 November 1960) ialah seorang penulis fiksyen pendek, novel, novel grafik dan komik, serta skrip filem berbangsa Inggeris.

Beliau telah memenangi banyak anugerah termasuk anugerah-anugerah Hugo, Nebula dan Bram Stoker serta juga pingat-pingat Newbery dan Carnegie. Beliau merupakan penulis pertama memenangi kedua-dua pingat tersebut untuk sebuah karya yang sama iaitu The Graveyard Book (2008). Pada tahun 2013, sebuah karyanya bertajuk The Ocean at the End of the Lane diundi sebagai Buku Terbaik Tahunan (Book of the Year) dalam Anugerah Buku Negara Britain.