Neha Sharma
Neha Sharma | |
|---|---|
Sharma di majlis pelancaran Jayantabhai Ki Luv Story pada Julai 2012 | |
| Kelahiran | 21 November 1987 Bhagalpur, Bihar, India |
| Warganegara | India |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2007–kini |
| Ibu bapa | Ajeet Sharma (bapa) |
Neha Sharma (disebut [nɛːɦaː ʃrmaː]; lahir 21 November 1987) ialah seorang pelakon dan model wanita India. Anak jati Bihar, Sharma menghadiri Sekolah Mount Carmel di Bhagalpur dan mengikuti kursus dalam rekaan fesyen dari Institut Teknologi Fesyen Kebangsaan (NIFT) di New Delhi.
Lakonan pertama Sharma ialah menerusi filem bahasa Telugu Chirutha, dikeluarkan pada September 2007. Filem Hindi pertamanya ialah filem arahan Mohit Suri, Crook, dikeluarkan pada 8 Oktober 2010. Sharma membuat kemunculan khas dalam filem Teri Meri Kahaani arahan Kunal Kohli dan membintangi filem Kyaa Super Kool Hain Hum.