Negara bukit (hieroglif)
| ||
| 3 Bukit " negara berbukit " dalam hieroglif Mesir | ||
|---|---|---|
Hieroglif Mesir purba Negara Bukit atau "Tanah Asing" ( 𓈉 ) ialah satu daripada hieroglif-hieroglif langit, bumi dan air. Dalam satu contoh hieroglif ini yang berwarna, ia mempunyai garis hijau (jalur) di pangkal hieroglif. Hieroglif itu melambangkan bukit-bukau dan pergunungan di kedua-dua belah Sungai Nil, jadi hijau melambangkan tanah pertanian hitam yang menghijau di sebelah sungai Nil. Ia dikodkan N25 dalam senarai tanda Gardiner, dan U+13209 dalam Unicode. Ia adalah hieroglif penentu, hanya menyampaikan makna dan tidak dibunyikan.
Pelbagai warna dan corak boleh diguna untuk seluruh hieroglif itu apabila bahagian bawahnya berwarna hijau.