Neeta Manis
Neeta Manis | |
|---|---|
| Kelahiran | Neeta Manishaa a/p Manogaran 16 November 1994 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2011–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Syarikat rakaman | NAR Records (2011-2025) |
| Kegiatan berkaitan | iamNEETA |
Neeta Manishaa a/p Manogaran (lahir 16 November 1994) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan iamNEETA yang meraih kejayaan menerusi single sulung mereka, "Tuhan Tolong Aku". Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang peserta Big Stage 2019 di Astro Ria, di mana beliau berjaya menyandang gelaran naib juara.