Nebuchadnezzar II
Nebukhadnezzar II (bahasa Akkadia: Nabû-kudurri-uṣur, "Nabu, tunggulah warisku"; bahasa Ibrani: נְבוּכַדְנֶאצַּר Nəḇūḵaḏneʾṣṣar; Bahasa Aramia: ܢܵܒܘܼ ܟܲܕܲܪܝܼ ܐܲܨܲܪ; bahasa Inggeris: ⓘ; sekitar 642 – 562 SM) adalah seorang penguasa bagi Empayar Baru Babylon semasa dinasti Chaldea. Beliau memerintah sekitar 605 SM – 562 SM, pemerintahan raja empayar baru Babylon paling lama.
Tokoh ini dikenali dalam kalangan umat Yahudi dan Kristian (dikisahkan dalam Buku Daniel dan juga disebut dalam beberapa buku dalam Injil) kerana menakluk Judah dan Yerusalem, sambil mengusir para penduduk Yahudinya dibuang negeri. Beliau dikenali dengan pembinaan Taman Tergantung Babylon.