Naya Rivera

Naya Rivera
River pada September 2012
Kelahiran(1987-01-12)12 Januari 1987
Santa Clarita, California, A.S.
Meninggal dunia8 Julai 2020(2020-07-08) (umur 33)
Tasik Piru, Ventura County, California, A.S.
Sebab kematianLemas
Nama lainNaya Rivera Dorsey
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Model
Tahun aktif1991–2020
PasanganRyan Dorsey (k. 2014; c. 2018)
Anak-anak1
SaudaraMychal Rivera (adik lelaki)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Diskografi
Karya terkenal
Syarikat rakamanColumbia

Naya Marie Rivera (12 Januari 1987 – 8 Julai 2020) ialah seorang pelakon, model, dan penyanyi Amerika Syarikat yang dikenali setelah menjayakan watak ahli pasukan sorak Santana Lopez dalam siri drama komedi muzikal Fox Glee. Pada 2011, Rivera menandatangani kontrak rakaman dengan Columbia Records untuk mengeluarkan album sulungnya. Single utama "Sorry" dikeluarkan pada 17 September 2013, yang menampilkan tunangannya, Big Sean.

Pada 8 Julai 2020, Rivera diisytiharkan sebagai orang hilang setelah anaknya yang berusia empat tahun ditemui sendirian di kapal sewa Rivera di Tasik Piru di Fillmore, California. Keesokan harinya, pegawai Pejabat Sheriff Kaunti Ventura melaporkan bahawa Rivera dianggap sudah mati dan bahawa mereka akan menumpukan usaha untuk mencari mayatnya. Pada 13 Julai, lima hari selepas Rivera dilaporkan hilang, mayatnya telah ditemui di dalam tasik dan disahkan telah meninggal dunia.