Natron
Natron adalah campuran natrium karbonat dekahidrat (Na2CO3ยท10H2O, sejenis abu soda) sebati dengan sekitar 17% natrium bikarbonat (NaHCO3 atau "soda penaik") serta sejumlah kecil natrium klorida dan natrium sulfat; malah bahan ini merupakan punca utama unsur natrium yang dikehendaki pada zaman dahulu lalu dinamakan sepunca dengan sebatian ini.
Bentuk tulennya putih hingga tidak berwarna manakala jenis-jenis yang berbendasing menjadi tampak kekelabuan atau kekuningan. Sebatian ini kadangkala dijumpai di dasar tasik masin yang muncul di persekitaran gersang.