National Geographic (majalah)

National Geographic
Kulit Mac 2009 National Geographic
EditorChris Johns
KategoriGeografi, Sains, Sejarah, Alam semula jadi
KekerapanBulanan
Jumlah edaran1.8 juta pembaca Amerika Syarikat
Isu pertamaOktober 1888
SyarikatNational Geographic Society
NegaraAmerika Syarikat
Bertapak diWashington, D.C.
BahasaInggeris
Laman webnationalgeographic.com
ISSN0027-9358

National Geographic (dipendekkan kepada NatGeo; dulunya National Geographic Magazine) merupakan majalah dan jurnal rasmi National Geographic Society. Ia diterbitkan buat pertama kalinya di tahun 1888, cuma sembilan bulan selepas penubuhan persatuan itu sendiri. Majalah ini serta-merta dikenali dengan bingkai kuning yang ada di muka depannya.

Pada September 2015, hak milik majalah diserahkan National Geographic Society kepada 21st Century Fox melalui pegangan dalam syarikat National Geographic Partners sebanyak 73% dengan bayaran sebanyak USD725 juta. National Geographic Partners diambil alih Syarikat Walt Disney bersama-sama aset 21st Century Fox lain pada Mac 2019 sambil penerbitannya diserahkan kepada Disney Publishing Worldwide. Disney mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada 19 orang penyunting tetap termasuk kesemua kakitangan jabatan audionya pada April 2023; ia kemudian memecat semua penulis yang tinggal pada Jun 2023 dan menghentikan semua cetakan dan edarannya pada tahun hadapan.