Natalie Portman
Natalie Portman | |
|---|---|
Portman di Festival Filem Cannes 2015 | |
| Kelahiran | Neta-Lee Hershlag 9 Jun 1981 Jerusalem |
| Kerakyatan |
|
| Pusat pendidikan | Universiti Harvard |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1993 – kini |
| Ejen | Creative Artists Agency |
| Pasangan | Benjamin Millepied (k. 2012; c. 2024) |
| Anak-anak | 2 |
| Tandatangan | |
Natalie Hershlag (Ibrani: נטלי הרשלג; lahir 9 Jun 1981, di Jerusalem, Israel), dan lebih dikenal dengan nama, Natalie Portman (Ibrani: נטלי פורטמן), merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat-Israel. Nama Portman diambil dari nama keluarga nenek (sebelah ibu) beliau.
Beliau pernah dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan pernah memenangi Golden Globe Award. Natalie dikenali menerusi filem Star Wars dan V for Vendetta.
Portman merupakan anak tunggal kepada pasangan Avner Hershlag dan Shelley Stevens. Ketika berusia tiga tahun, Portman mengikuti keluarganya pindah ke AS. Portman merupakan lulusan dari Universiti Harvard dalam sarjana psikologi pada 5 Jun 2003. Beliau fasih bertutur dalam bahasa Ibrani, Inggeris, Perancis, Jepun, dan Jerman. Beliau pernah mencetus kontroversi apabila mencukur botak rambutnya pada tahun 2005 untuk filem V for Vendetta.