Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif (Jawi: نسرول علي حسن عبدال لطيف ; lahir pada 24 Julai 1991) berasal daripada Klang, Selangor dikenali dengan nama Nasrul Ali Hasan atau lebih mesra dipanggil dengan nama Nash, adalah seorang ahli akademik dan politik di Malaysia. Anak bongsu daripada lima adik-beradik kepada pasangan Abdul Latif bin Sadeli dan Ramlah binti Mohamad Sharei ini dibesarkan di Kampung Seri Kenangan, Klang sebelum berpindah ke Taman Sentosa, Klang pada tahun 2003. Sejak kecil Nasrul dididik dengan penuh ketegasan dan disiplin yang tinggi khususnya dalam ilmu agama dan matematik.
Nasrul Ali Hasan Abdul Latif | |
|---|---|
| نسرول علي حسن عبدال لطيف | |
| Ketua Sayap Pemuda Pertama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan Gerakan Tanah Air | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif 24 Julai 1991 Klang, Selangor, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) (sejak 8 Mei 2019 sehingga 30 November 2024) |
| Gabungan politik lain | Gerakan Tanah Air (sejak 4 Ogos 2022 sehingga Februari 2023) |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA |
| Pekerjaan | Pensyarah (Data Mining, Business Forecasting, Business Statistics) | Ahli Perniagaan / Konsultan |
| Bidang pengkhususan | Ahli Akademik | Ahli Politik | Penceramah Motivasi Kepemimpinan |