Naskhah Tanjung Tanah

Naskhah Tanjung Tanah adalah suatu kitab undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan Melayu di Sumatera pada abad ke-14. Naskhah ini merupakan dokumen bertulis dalam bahasa Melayu (menerapkan pinjaman bahasa Sanskrit) tertua yang masih terselamat serta satu-satunya manuskrip yang tertulis dalam aksara Malayu yang masih wujud.

Naskhah ini diusulkan pewartaannya dalam daftar warisan takbenda Indonesia pada tahun 2022.