Nasi bogana
Nasi Bogana atau Nasi Begana, ialah suatu hidangan nasi gaya Indonesia, berasal dari Tegal, Jawa Tengah. Ia biasanya dibalut dalam daun pisang dan dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan.(Winneke 2009)
Hidangan nasi ini adalah sejenis "nasi rames" atau nasi campur, yang adalah istilah digunakan untuk hidangan yang mempunyai nasi dan pelbagai hidangan sampingan.(Apriadji 2007, m/s. 7-11)
Nasi Bogana adalah sangat masyhur di Indonesia dan dijual di sepanjang jalan-jalan Jakarta, ibu negara Indonesia, dengan harga 12,000 ke 20,000 Rupiah setiapnya. Ia dijual di hampir semua kedai makan Sunda atau Jawa dan kadang-kadang di Warung atau Warteg, sejenis kedai makan tradisional luar atau kafe.(Witton, 2003) Ia juga dianggap sebuah hidangan mudah oleh kerana ia dibalut dalam daun pisang dan sedia untuk dibawa dan dimakan bila-bila masa. Ia juga dianggap sejenis makanan segera di mana ia dibawa ke tempat kerja untuk dimakan.(Erwin 2007, m/s. 82-86)