Naomi Scott

Naomi Scott
Scott di San Diego Comic-Con 2016
Kelahiran
Naomi Grace Scott

(1993-05-06) 6 Mei 1993
Hounslow, London, England
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2011 - kini
Ketinggian163 cm (5 ka 4 in)
PasanganJordan Spence (k. 2014)

Naomi Grace Scott (lahir 6 Mei 1993) ialah seorang pelakon dan penyanyi England. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Mohini "Mo" Banjaree dalam filem Lemonade Mouth (2011), sebagai Maddy Shannon dalam Terra Nova (2011). Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Kimberly Hart "Ranger Pink" dalam filem Power Rangers. Beliau mula dikenali lebih meluas dengan memegang watak Princess Jasmine dalam filem Disney Aladdin pada pertengahan 2019.