Nanosaat
Nanosaat (ns) ialah suatu unit masa SI yang bersamaan dengan satu per ribu juta bahagian sesaat, (atau satu per bilion sesaat) yakni, 1/1,000,000,000 sesaat atau 10−9 saat.
Perkataan ini terbentuk daripada gabungan imbuhan nano dan saat, suatu unit masa. Ia diwakili oleh singkatan ns.
Satu nanosaat bersamaan dengan 1000 pikosaat atau 1⁄1000 mikrosaat. Memandangkan unit SI seterusnya bernilai 1000 kali lebih besar, perkiraan 10−8 dan 10−7 saat secara umumnya diungkapkan sebagai berpuluh-puluh atau beratus-ratus nanosaat.
Jangka masa ini sering dijumpai dalam bidang telekomunikasi, laser berdenyut dan beberapa bidang elektronik tertentu.