Nanga Medamit
نڠا مداميت Nanga Medamit | |
|---|---|
Rumah Panjang Bala Entakong Mendalam di Nanga Medamit | |
نڠا مداميت Nanga Medamit | |
| Koordinat: 4°29′14″N 114°54′35″E / 4.4871483°N 114.9097308°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Bahagian | Bahagian Limbang |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kecil Nanga Medamit |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Pekan Nanga Medamit (Jawi: ڤكن نڠا مداميت) atau secara rasminya Nanga Medamit (Jawi: نڠا مداميت) ialah kampung dan pekan pentadbiran bagi Daerah Kecil Nanga Medamit di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti pusat internet, sebuah sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Nanga Medamit) dan sekolah menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit), sebuah klinik kesihatan dan lain-lain lagi.
Petempatan di sekitar Nanga Medamit ialah:
- Kuala Mendamit, 2.6 kilometer (1.6 bt) barat
- Kampung Sungai Kelati, 7.8 kilometer (4.8 bt) barat daya
- Rumah Berandah 6.7 kilometer (4.2 bt) tenggara
- Rumah Insungai 7.6 kilometer (4.7 bt) selatan
- Rumah Nanga Awang 2.6 kilometer (1.6 bt) timur