Nahas helikopter Sebuyau 2016
Nahas helikopter Sebuyau 2016 ialah insiden terhempasnya helikopter Eurocopter AS350 dekat Sungai Batang Lupar di Sebuyau, Sarawak. Nahas itu membunuh kesemua enam mangsa, iaitu juruterbang warga Filipina Kapten Rudolf Rex Ragas; Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; dan pengawal peribadi Datuk Noriah, Ahmad Sobri Harun. Kejadian itu dipercayai akibat helikopter disambar petir. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/05/09/mangsa-ke-6-heli