Naga Kramat merupakan album kesepuluh yang dihasilkan oleh kumpulan Wings pada tahun 2002. Untuk album ini, ahli kumpulan asal kumpulan Wings, Awie telah kembali ke pangkuan kumpulan Wings dalam posisi penyanyi setelah mereka reunion dalam majlis perkahwinan Dato’ M. Nasir dan Datin Marlia Musa pada tahun 2000. Untuk pembikinan album, album ini diterbitkan oleh Joe Wings bersama penolong penerbit iaitu Awie, Black dan Eddie. Album ini dirakamkan di Studio Menora, Kuala Lumpur oleh Jig & Dott dan proses mastering pula dijalankan di Kings Studio, Petalng Jaya oleh CL Toh. Untuk kulit album pula, ia dibuat oleh Kartunis Aie yang menjalankan tugas sebagai arahan seni, logo, ilustrasi, fotografi, konsep dan rekabentuk kulit album.