Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia
| Nama penuh | Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia National Football Development Programme of Malaysia |
|---|---|
| Gelaran | PPBN Malaysia NFDP Malaysia |
| Diasaskan | 2011 (Ditubuhkan) 2014 (Perasmian) |
| Stadium | Akademi Bola Sepak Kebangsaan Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang, Malaysia |
| Bidang kuasa | Kementerian Belia dan Sukan; Majlis Sukan Negara; Sekolah Sukan Malaysia |
Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) (bahasa Inggeris: National Football Development Programme of Malaysia) (NFDP); singkatan: PPBN) ialah merupakan pelan jangka panjang untuk mempromosikan dan membangun sukan bola sepak ke peringkat nasional. Ia merangkumi dua peringkat fasa: Fasa 1, 2014-2020 dan seterusnya Fasa 2, 2021-2030.
PPBN adalah merupakan salah satu daripada empat (4) akademi bola sepak di peringkat Asia Tenggara yang memperolehi status Akademi "Dua-Bintang" setaraf akademi bola sepak Johor Darul Ta'zim, Akademi Lion City Sailors di Singapura dan Akademi Chonburi di Thailand.