Nāga

Nāga (Sanskrit: नाग, IAST: nāgá, Bahasa Burma: နဂါး, IPA: [nəɡá]; Jawa: någå, Melayu: Naga dalam Jawi: ناݢ, Khmer: នាគ neak, Bahasa Thai: นาค nak, Cina: 那伽, Tibet: ཀླུ་) dalam bahasa Sanskrit dan Pāli memaksudkan sejenis dewa atau makhluk yang berbentuk ular gergasi, terutamanya Ular Tedung Selar, dalam mitos agama Hindu dan Buddha. Istilah nāga juga digunakan untuk memaksudkan beberapa puak manusia yang bergelar "Nāga"; gajah; mahupun ular biasa, terutamanya Ular Tedung Selar dan Ular Tedung India (yang dipanggil nāg dalam bahasa Hindi dan bahasa-bahasa lain di India). Nāga betina pula dipanggil nāgī atau nāginī.