Pari lang

Pari lang
Julat zaman: kapur Akhir hingga Kini
Pari lembu (Aetomylaeus bovinus)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Order: Myliobatiformes
Suborder: Myliobatoidei
Superkeluarga: Dasyatoidea
Keluarga: Myliobatidae
Bonaparte, 1838
Genus
  • Aetomylaeus
  • Myliobatis

Pari lang atau pari helang ialah sekumpulan ikan berawan dalam keluarga Myliobatidae, yang terdiri sebahagian besarnya daripada spesies-spesies besar yang hidup di lautan lepas dan bukannya di dasar laut.

Pari lang ini makan moluska dan krustasia dengan menghancurkan cangkangnya menggunakan giginya yang leper. Ia pandai berenang dan mampu melompat beberapa meter di atas permukaan air. Ia mempunyai ekor yang panjang dan tubuh berbentuk romboid yang jelas ketika dibandingkan dengan pari lain. Ia adalah ovoviviparus, melahirkan sehingga enam anak pada satu-satu masa. Ia menjulat dari 0.48 hingga 5.1 m (1.6 hingga 16.7 ka) panjang dan 7 m (23 ka) rentang sayap.