Mydin Mohamed Ghulam Hussein

Mydin Mohamed Ghulam Hussein
Kelahiran
Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein

5 Januari 1928
Meninggal dunia1 Ogos 2016 (umur 88)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanUsahawan, eksekutif perniagaan, pengasas Mydin
Terkenal keranaKetua Pegawai Eksekutif MYDIN
PasanganRowshan Bhai
Anak-anak7 (termasuk Ameer Ali Mydin)

Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein (5 Januari 1928–1 Ogos 2016) ialah seorang usahawan, eksekutif dan perintis dalam industri peruncitan Malaysia. Beliau mengasaskan pasar raya Mydin pada 1957 di Kota Bahru, Kelantan yang bermula sebagai sebuah kedai kayu kini berkembang sebagai rangkaian pasar raya tempatan terbesar di Malaysia.

Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2016, beliau turut menghidap penyakit diabetis, namun tidak serius dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Beliau meninggalkan seorang balu, Rowshan Bhai dan tujuh orang anak termasuk anak keduanya, Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan Mydin. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.