My Roommate Is a Gumiho
My Roommate Is a Gumiho (Korea: 간 떨어지는 동거; Hanja: 肝 떨어지는 同居; RR: Gan Tteoreojineun Donggeo; lit. Frightening Cohabitation) merupakan sebuah drama bersiri televisyen Korea Selatan tahun 2021 yang dibintangi oleh Jang Ki-yong dan Lee Hye-ri . Siri ini mengisahkan percintaan antara rubah berekor sembilan berusia 999 tahun bernama Shin Woo-Yeo dan seorang pelajar perempuan bernama Lee Dam yang secara tidak sengaja menelan manik Shin Woo-Yeo. Ia ditayangkan pada platform penstriman iQIYI di seluruh dunia dan saluran kabel TVN pada 26 Mei 2021 dan disiarkan pada hari Rabu dan Khamis pukul 22.40 ( KST ) selama 16 episod hingga 15 Julai.
Siri ini berakhir pada 15 Julai 2021 dengan episod terakhirnya mencatatkan purata rating penonton seluruh negara sebanyak 4%. Ia mencapai purata penonton sebanyak 948 ribu setiap episod semasa tayangannya. Siri ini juga tersedia untuk penstriman di Viu di wilayah tertentu.